NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia benam Bangladesh, sah layak ke Piala Asia 2023

Malaysia bermula garang seawal minit pertama permainan dengan melancarkan serangan bertubi-tubi ke gawang Bangladesh bagi menguji penjaga gol lawan, Anisur Rahman. - Gambar/ FB FAM


KUALA LUMPUR: Malaysia menamatkan kemarau 42 tahun gagal layak secara merit ke Piala Asia selepas menumpaskan Bangladesh dengan keputusan empat gol berbalas satu.
Kemenangan itu menyaksikan Malaysia mengumpul enam mata sekali gus muncul antara lima naib juara terbaik yang layak ke kejohanan yang akan diadakan di China pada tahun hadapan.
Malaysia bermula garang seawal minit pertama permainan dengan melancarkan serangan bertubi-tubi ke gawang Bangladesh bagi menguji penjaga gol lawan, Anisur Rahman.
Hasilnya, skuad Harimau Malaya dihadiahkan penalti selepas pemain lawan melakukan terjahan terhadap Matthew Davies di dalam kotak penalti.
Muhammad Safawi Rasid tenang menyempurnakan sepakan penalti bagi membolehkan Malaysia mendahului pada minit ke-16.
Begitupun, Bangladesh yang hanya sesekali menguji benteng Malaysia berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-31 menerusi tandukan Mohammad Ibrahim.
Tersentak dengan jaringan itu, skuad kendalian Kim Pan Gon memperkemaskan permainan dan hasil serangan demi serangan, Dion Cools berjaya meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-38.
Masuk separuh masa kedua, skuad kebangsaan terus mengasak dan hasilnya, Muhammad Syafiq Ahmad pula mencetak nama sebagai penjaring menerusi tandukan menarik yang mengelirukan penjaga gol lawan.
Meskipun selesa dengan jurang dua gol, Malaysia terus menyerang kubu lawan dan pada minit ke-73, Darren Lok menambah derita Bangladesh dengan menyumbat gol keempat untuk pasukan kebangsaan.
Perlawanan terus rancak selepas gol keempat itu namun tiada tambahan jaringan dihasilkan dan keputusan kekal 4-1 hingga wisel penamat.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo