NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Sarawak lulus RM1.5 bilion projek IRSDA di Samarahan

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata daripada jumlah projek itu, 201 daripadanya siap dilaksanakan setakat Jun ini. - Gambar fail/BERNAMA

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah meluluskan 608 projek di bawah Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) dengan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion, setakat ini.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata daripada jumlah projek itu, 201 daripadanya siap dilaksanakan setakat Jun ini.
Beliau berkata berdasarkan jumlah itu juga, 86 projek dalam pelaksanaan dan 200 projek dalam perancangan, manakala 121 projek lain akan bermula dalam suku ketiga tahun ini dan suku pertama tahun depan.
"IRSDA ini akan membangunkan infrastruktur dahulu iaitu kita bangunkan jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air. Ada yang sudah siap, ada sedang dilaksanakan dan ini perkara penting di semua kawasan di IRSDA.
"Satu lagi Jalan Samarahan untuk masuk ke Asajaya, iaitu jalan besar masuk ke Sebuyau, tetapi, itu tak termasuk dalam peruntukan IRSDA, itu tambahan daripada Premier. Jalan dari Sebuyau menghubungkan Sri Aman memudahkan orang untuk ke Sibu nanti," katanya ketika berucap pada perasmian IRSDA di sini, hari ini.
IRSDA yang ditubuhkan pada 2018 merupakan antara pendekatan baharu kerajaan Sarawak untuk memacu dan merancakkan lagi pembangunan serta sosioekonomi rakyat di Samarahan.
Antara projek yang telah dilaksanakan termasuklah 63 projek jalan dan jambatan, 96 projek penyelenggaraan dan sungai serta 40 projek jalan ladang.
Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Sim Kui Hian dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo