NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ginting sekat hasrat Zii Jia ke separuh akhir Kejohanan Masters Indonesia

Kemaraan Zii Jia disekat apabila tewas di tangan pemain perseorangan Indonesia Anthony Sinisuka Ginting 21-18, 16-21, 15-21, dalam perlawanan selama 69 minit. - Gambar fail/AP

KUALA LUMPUR: Impian jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mencatatkan kemenangan hatrik dalam kejohanan disertainya sejak bulan lepas terkubur, selepas tersingkir di peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia hari ini.
Berlangsung di Stadium Istora Senayan, Jakarta, kemaraan Zii Jia disekat apabila tewas di tangan pemain perseorangan Indonesia Anthony Sinisuka Ginting 21-18, 16-21, 15-21, dalam perlawanan selama 69 minit.
Set pertama, Zii Jia selaku pilihan kelima kejohanan bermula garang mendahului lima mata di depan dengan Ginting cuba mengejar mata, sebelum kemenangan menjadi milik negara 21-18.
Di set kedua, permainan serba tidak menjadi juara Kejohanan Badminton Asia 2022 dan Terbuka Thailand 2022 itu mula terpamer, sebelum Ginting menggunakan peluang sebaiknya untuk menang 16-21 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.
Asakan bertali arus dilancarkan Ginting yang bagaikan 'dirasuk' selepas menerima sokongan padu penyokong tuan rumah, ternyata membuahkan hasil sehingga menyaksikan Zii Jia banyak membuat hantaran luar gelanggang sebelum tewas 15-21 di set penentuan.
Sementara itu, beregu utama wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir, selepas dengan mudah menewaskan beregu Thailand Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai dengan kemenangan straight set 21-11, 21-16.
Pearly-Thinaah akan membuat perhitungan menentang pilihan ketujuh dari Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti yang mengejutkan pilihan kedua dari Korea Selatan, Lee So Hee-Shin Seung Chan 15-21 21-16 21-16.
Manakala hasrat beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memburu kejuaraan sulung musnah selepas tewas di tangan beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chang 21-16, 13-21, 17-21.
Nasib sama turut menimpa satu lagi wakil beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rusmani yang terkandas di saingan suku akhir, selepas tewas di tangan beregu dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo 21-10, 11-21, 18-21.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo