NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isham Jalil dilucut jawatan ketua penerangan BN Selangor


PETALING JAYA:
Isham Jalil memberitahu perkhidmatannya sebagai ketua penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor ditamatkan berkuat kuasa serta-merta.

Bekas pegawai khas kepada Najib Razak itu memaklumkan berdasarkan surat ditandatangani Setiausaha BN Selangor, Satim Diman, jawatan disandangnya itu tidak termaktub dalam Perlembagaan gabungan berkenaan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dan berjuang bersama saya sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai Ketua Penerangan BN Selangor.

“Perjuangan kita belum selesai, oleh itu saya mohon agar tuan-tuan dan puan-puan meneruskan perjuangan dan usaha ini walaupun saya tidak lagi berada di kepimpinan BN negeri,” katanya di Facebook.

Beliau turut menyatakan komitmen akan terus membantu jentera parti walaupun sebagai ahli biasa.

“Saya akan bantu sebaik mungkin dengan apa yang termampu walaupun tanpa apa-apa jawatan dan berjuang sebagai ahli biasa seperti sebelum ini,” katanya.

Dalam hantaran itu, Isham turut melampirkan surat pemberitahuan berkenaan yang menjelaskan penamatan jawatannya sebagai ketua penerangan BN Selangor itu turut dipersejui Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi.

Isham dilantik sebagai ketua penerangan BN Selangor pada Mei 2020 menggantikan bekas ahli Parlimen Sabak, Abd Rahman Bakri.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo