NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

HFMD: Perak catat lebih 8,000 kes

Perak mencatatkan 8,032 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) bermula Januari hingga semalam. - Gambar hiasan/REUTERS

IPOH: Perak mencatatkan 8,032 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) bermula Januari hingga semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata daripada jumlah tersebut, 144 kes melibatkan remaja berumur melebihi 12 tahun ke atas.
Beliau berkata 787 kes atau 10.5 peratus kes wabak tersebut melibatkan pelajar sekolah rendah dalam kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun, dan kes tertinggi dicatatkan melibatkan kumpulan di bawah umur tujuh tahun dengan 6,544 kes.
Katanya 222 kes dilaporkan sepanjang minggu epidemiologi 22 setakat Isnin lepas, yang membawa kepada penutupan 188 taman asuhan kanak-kanak berikutan arahan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau secara sukarela selaras dengan Akta 342 Pencegahan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.
"Daerah Manjung mencatatkan penutupan tadika tertinggi iaitu 67 tadika atau 35.2 peratus diikuti daerah Kinta sebanyak 53 tadika atau 28.2 peratus. Pihak PKD sentiasa melakukan pemeriksaan ke semua premis dan setakat ini sudah melebihi 6,000 premis diperiksa," katanya selepas merasmikan Bengkel Perbincangan Draf Pelan Lembangan Sungai Kinta Berasaskan Komuniti-Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (CBKRB-IRBM) di sini hari ini.
Menurutnya, pemilik premis perlu cakna terhadap kebersihan persekitaran dan tidak menerima sebarang kemasukan anak-anak jagaan yang mempunyai gejala HFMD, bagi mengelakkan penularan kepada kanak-kanak lain.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo