NOTIS:

Belum ada lagi....

Elaun Pengerusi, BOD FGV dinaikkan

0

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia, FGV berkata AGM yang berlangsung secara maya sepenuhnya hari ini itu menyaksikan kesemua resolusi dibentang untuk pertimbangan telah diluluskan oleh pemegang saham. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kesemua 13 resolusi yang dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) FGV Holdings Berhad (FGV) diluluskan oleh majoriti pemegang sahamnya.
Memetik agenda AGM yang tular, antara resolusi tersebut termasuk menaikkan elaun Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah.
Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia, FGV berkata AGM yang berlangsung secara maya sepenuhnya hari ini itu menyaksikan kesemua resolusi dibentang untuk pertimbangan telah diluluskan oleh pemegang saham.
"Kesemua 13 resolusi yang ditetapkan pada Notis AGM ke-14 bertarikh 28 April 2022, dibentangkan pada AGM telah diluluskan," memetik pelamakluman tersebut.
Astro AWANI sedang mendapatkan pemakluman lanjut daripada FGV berhubung perkara ini.
Prestasi saham FGV Holdings Bhd dalam tempoh lima hari.


Agenda AGM tersebut menyatakan elaun Pengerusi Bukan Eksekutif FGV dinaikkan daripada RM300,000 kepada RM480,000 sekali gus menjadikan elaun bulanan RM40,000 sebulan berbanding RM25,000 sebelum ini.
Pada masa sama, elaun Pengarah Bukan Eksekutif FGV bagi tempoh sama juga naik daripada RM120,000 kepada RM150,000 atau daripada RM10,000 sebulan kepada RM12,500 sebulan.
Beberapa pemimpin politik hari ini menyatakan kekhuatiran mereka selepas merujuk kepada agenda AGM FGV yang tular.
Antaranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempersoalkan sama ada AGM tersebut akan hanya menumpukan kepada kenaikan elaun Pengerusi dan Lembaga Pengarahnya.
Dalam kenyataannya pada Khamis, beliau turut ingin tahu jika isu berkaitan nasib peneroka akan turut menjadi agenda mesyuarat tahunan syarikat perladangan itu.
Pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, FGV merekodkan lonjakan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak lapan kali ganda kepada RM1.17 bilion berbanding hanya RM146 juta yang direkodkan tahun sebelumnya.
Prestasi luar biasa yang diraih FGV itu disokong pendapatan tahunan lebih tinggi yang meningkat 39 peratus kepada RM19.57 bilion, rekod tertinggi pernah dicatatkan berbanding RM14.07 bilion pada 2020.

Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo