NOTIS:

Belum ada lagi....

e-Sukan: Kertas cadangan pengecualian cukai pendapatan wang kemenangan hampir siap - KBS

0

Kerajaan bercadang memberikan pengecualian cukai pendapatan ke atas wang hadiah kemenangan kejohanan e-sukan yang layak. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi agensinya, Esports Integrated (ESI) hampir selesai menyiapkan kertas cadangan pengecualian cukai pendapatan ke atas wang hadiah kemenangan diperoleh atlet e-sukan negara, kata Menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Beliau berkata cadangan untuk memberikan pengecualian cukai pendapatan berkenaan seperti yang diumum Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Bajet 2022 itu masih dalam proses pelaksanaan.
"Apa jua yang diumumkan oleh Tengku Zafrul pada tahun lepas masih kekal dan sedang dalam proses untuk kita laksanakan," katanya pada sidang media sebelum perlawanan akhir Piala Asia Tenggara Mobile Legends Bang Bang 2022 antara RRQ Hoshi (Indonesia) dan RSG Philippines (Filipina) di sini, hari ini.
Selain peruntukan RM20 juta kepada sukan itu dalam Bajet 2022, kerajaan bercadang memberikan pengecualian cukai pendapatan ke atas wang hadiah kemenangan kejohanan e-sukan yang layak.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ESI Ahmed Faris Amir berkata kertas cadangan pengecualian cukai wang hadiah kemenangan itu akan dibentangkan kepada KBS sebelum dibawa kepada Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk diluluskan.
"Pada ketika ini, proses gerak kerja masih pada ESI termasuk penyediaan garis panduan e-sports serta amalan terbaik untuk pengecualian cukai kawal selia," katanya.
Sementara itu, Ahmad Faizal kagum dengan semangat dimiliki dua pasukan negara, Todak dan Orange Esports walaupun pulang dengan tangan kosong dari kejohanan tersebut.
Todak tewas 0-3 kepada RSG Philippines dan Orange Esports tumpas dengan keputusan sama kepada RRQ Hoshi di peringkat separuh akhir semalam.
Beliau berkata penganjuran kejohanan itu merupakan bukti kerajaan menyokong industri e-sukan yang semakin rancak ketika ini, selain dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara pemain dan pasukan bertanding.
-- BERNAMA





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo