NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Budak lelaki 4 tahun kritikal dalam badan terdapat dadah


Allahuakbar, memetik laporan berita yang dikeluarkan oleh Harian Metro hari ini seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun kini sedang berada dalam keadaan kritikal.

Difahamkan kanak-kanak tersebut telah dibawa oleh ibunya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Krai. Hasil pemeriksaan Doktor mendapati terdapat dadah jenis methamphetamine dalam badan mangsa.

Hasil siasatan awal pihak polis mendapati mangsa sebelum itu telah dibawa keluar oleh bapa saudaranya ke suatu tempat. Namun tidak dapat dipastikan bagaimana dadah tersebut boleh masuk ke dalam badan mangsa.

Susulan itu bapa saudara mangsa yang berusia 30 tahan telah ditahan oleh pihak polis. Hasil ujian mendapati lelaki yang turut memiliki tiga rekod lampau berkaitan dadah itu positif dadah jenis methamphetamine.

Pihak polis berkata lelaki tersebut telah mengaku membawa anak saudaranya itu ke suatu tempat namun menafikan ada memasukkan dadah ke dalam badan mangsa.

Menurut pihak polis lagi, kanak-kanak malang tersebut kini masih dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan lanjut di Hospita Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). 

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.


Sumber | Harianarticle






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo