NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bon Odori: Bimbang menjurus syirik, mufti P Pinang juga nasihat umat Islam jangan turut serta


PETALING JAYA:
Walaupun kerajaan negeri membenarkan penganjuran festival Bon Odori, Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Nor menasihatkan umat Islam tidak terlibat kerana dibimbangi membawa kepada perbuatan syirik.

Hari ini, Exco Pulau Pinang Yeoh Soon Hin, mendakwa Bon Odori tetap akan dianjurkan di Padang Kota Lama, pada 30 Julai, memandangkan sambutan itu tidak mengandungi elemen pemujaan atau upacara keagamaan tertentu.

Memetik Harian Metro, beliau berkata, dalam konteks Pulau Pinang sambutan berkenaan tidak mengandungi kedua-dua elemen terbabit.

Dalam pada itu, Wan Salim berkata, cara memperingati roh nenek moyang dengan cara menari, memuja roh mereka dan sebagainya tidak digalakkan dalam Islam malah dibimbangi akan terjatuh ke dalam dosa syirik kepada Allah.

“Oleh kerana festival ini ada kaitan dengan memperingati semangat atau roh nenek moyang maka dibimbangi ia boleh membawa kepada syirik.

”Saya ingin menasihatkan umat Islam agar sentiasa memelihara kemurnian akidah Islamiyah masing-masing dengan mengelak daripada terlibat dalam festival seperti ini,” katanya menurut laporan Kosmo.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad, berkata kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati program Festival Bon Odori mempunyai unsur keagamaan lain.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo