NOTIS:

Belum ada lagi....

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak kembali ke rahmatullah

0

KUALA LUMPUR: “Semoga sahabatku bahagia di sana,” ujar Naib Presiden PAS, Senator Datuk Idris Ahmad susulan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Mustafa Shaari kembali ke rahmatullah, semalam.

“Perginya sahabatku Almarhum Ustaz Mustafa Shaari Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak yang juga Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Perak.

“Masya-Allah, orangnya yang menginfakkan diri untuk perjuangan PAS walapun mempunyai kelulusan MA dalam bidang syariah,” ujarnya menerusi laman sosial beliau, malam tadi.

Menurutnya, almarhum balik daripada Universiti Al Azhar dan membuka Sekolah Rendah Islam di Kampung Gajah dan mendidik masyarakat setempat dengan agama.

Katanya, beliau banyak berbincang dengan almarhum mengenai perjalanan tarbiah di Perak dan Pusat.

Beliaumenambah, almarhum istiqamah dan tidak pernah jemu-jemu menjalankan program tarbiah sejak daripada belajar di Al Azhar lagi.

Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sempat memberi khidmat terakhir untuk almarhum Ustaz Mustafa di Masjid Lama Kampung Gajah.

“Semoga sahabatku berehat di sana, semoga amalnya selama ini diterima oleh Allah SWT dan menjadi peneman semasa di dalam kubur,” ujarnya lagi.

“Alhamdulillah, Ramai sahabat memberi penghormatan kepada murabbi PAS Perak ini.” – HARAKAHDAILY 5/5/2022







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo