NOTIS:

Belum ada lagi....

Covid-19: Kes baharu kekal bawah 1,500 dalam suasana mood raya

0

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Minggu yang melegakan dengan ramai yang mungkin masih dalam mood Aidilfitri apabila kes harian baharu Covid-19 tiga angka dilaporkan pada Selasa lepas (3 Mei) dan setakat semalam (5 Mei) kekal bawah 1,500 kes.


Kes harian baharu sebanyak 922 pada 3 Mei adalah yang terendah untuk tahun ini setelah negara melihat angka kes melonjak sehingga lima angka kepada 33,406 pada 5 Mac 2022.



Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 turut menyusut kepada hanya 31,833 pada Selasa lepas berbanding 311,206 pada 5 Mac 2022.


Kali terakhir negara mencatat kes tiga angka ialah pada 29 Mac 2021 iaitu sebanyak 941 kes dengan kes kumulatif sebanyak 342,885 kes.

Angka kes harian baharu negara, bagaimanapun, kembali mencatat empat angka iaitu 1,054 kes pada Rabu (4 Mei) dan semalam (5 Mei), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 1,278 kes. Kes aktif terus menyusut kepada hanya 27,454 kes sementara kes kumulatif Covid-19 pula sebanyak 4,454,113.


Berikut kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (30 April hingga 5 Mei 2022):-


30 April (2,107), 1 Mei (1,503), 2 Mei (1,352), 3 Mei (922), 4 Mei (1,054) dan 5 Mei (1,278).


Dengan sebanyak 4,454,113 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 23 daripada 226 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Ukraine (5,002,870) dan Mexico (5,740,080).


Dalam kalangan 226 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jerman mencatat kes harian baharu terbanyak iaitu 87,201 kes (159 kematian) dikuti Amerika Syarikat 66,611 kes ( 225 kematian) dan Australia 54,688 kes (56 kematian).

Sementara itu, data CovidNow KKM setakat jam 11:59 malam 5 Mei 2022 menunjukkan sebanyak 26,407 kes (96.2 peratus) dikuarantin di rumah daripada 27,454 kes aktif Covid-19.


Sebanyak 17 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 964 kes (3.5 peratus) di hospital; 30 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 36 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.


Sebanyak 2,599 kes sembuh dilaporkan pada 5 Mei dengan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,391,090 kes.


Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt untuk seluruh negara sepanjang tempoh Rangkuman ini kekal bawah paras 1.00. Data untuk Rangkuman Mingguan ini seperti berikut:-


30 April ( 0.61), 1 Mei (0.60), 2 Mei (0.62), 3 Mei (0.58), 4 Mei (0.54) dan 5 Mei ( 0.53).


Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 5 Mei 2022 ialah Melaka (0.75), WP Kuala Lumpur (0.74) dan Sabah (0.71).


R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro/Rt 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.-Bernama






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo