NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tidak perlu import beras, tanam padi lima kali dalam tempoh 2 tahun

Muhammad Sanusi menyaksikan pertukaran MoU antara Pengarah Eksekutif KISMEC, Mohd Yusuri Yusof (kiri) dan rakan strategik KISMEC. - NSTP/Noorazura Abdul Rahman

KULIM: Malaysia mungkin tidak perlu mengimport beras jika mampu memperkemaskan infrastruktur dan subsidi dalam industri penanaman padi negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata bagi mencapai sasaran itu, Kerajaan Persekutuan perlu berusaha membantu pesawah terutama di Kedah menanam padi lima kali dalam tempoh dua tahun.

Beliau berkata, ia juga sebagai persediaan negara menghadapi krisis kekurangan bekalan makanan dunia yang dijangka berlaku pada 2025 sehingga memberi kesan terhadap peningkatan harga makanan di semua peringkat.

"Saya dimaklumkan jika padi ditanam lima kali dalam tempoh dua tahun, kita tak perlu import beras. Beras import harganya mahal, jadi kita kena lengkapkan infrastruktur dan Kerajaan Persekutuan perlu sediakan subsidi padi kepada pesawah.

"Sekiranya mahu Kedah jamin bekalan makanan negara, Kerajaan Persekutuan perlu bantu sehingga padi dapat ditanam lima kali dalam tempoh dua tahun," katanya selepas merasmikan penutupan mesyuarat agung tahunan Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah Darul Aman (KISMEC) , di sini, hari ini.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, pembinaan semula Terusan Tengah di Pelubang, Jitra, yang runtuh awal bulan lalu, hampir siap dibaik pulih.

Katanya, pembaikan semula ban dan terusan membabitkan kos kira-kira RM2.5 juta itu sudah mendapat kelulusan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

"Kita sudah maklumkan kepentingan terusan itu dibaiki segera kerana membabitkan kawasan tanaman padi seluas 13,350 hektar yang diusahakan 40,000 pesawah.

"Ada kesukaran dalam kerja pemasangan cerucuk besi berikutan ia laluan air, namun pembaikan tetap perlu dilakukan kerana ia boleh menyebabkan pengeluaran hasil makanan negara terjejas," katanya.

Dalam kejadian 9 Mei lalu, ban Terusan Tengah, Pelubang, runtuh sehingga mengakibatkan gangguan masalah bekalan air kepada puluhan ribu penduduk antaranya di Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena.

Kejadian turut menjejaskan musim menanam padi berikutan air terusan sama disalirkan ke sawah di kawasan sekitarnya yang mewakili satu pertiga keluasan di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).



Sumber | BH Online





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo