NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tembakan di dahi: Lelaki ditemukan maut di bilik hotel


Seorang lelaki tempatan ditemukan maut dengan kesan tembakan di dahi dalam kejadian di sebuah bilik hotel di Bukit Bintang petang tadi, sejam selepas beliau mendaftar masuk.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Habibi Majinji berkata perkara itu disedari seorang pekerja hotel berkenaan yang memasuki bilik tersebut dan kemudian menghubungi polis pada kira-kira 7 malam.

"Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun berasal dari Johor mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada 6 petang tadi.

"Polis telah menahan rakan sebilik mangsa bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Habibi berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan senjata api yang digunakan belum dijumpai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

- Bernama







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo