NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sistem kesihatan Malaysia dapat markah tinggi menerusi inisiatif #GlobalSurgery

Gambar dikongksikan Dr Kee (kiri) di dalam ciapan beliau berhubung pengiktirafan terbaharu itu. - Foto twitter @keepark

SISTEM kesihatan Malaysia terus mendapat pengiktirafan dunia apabila diberikan markah tinggi melalui inisiatif #GlobalSurgery.
Pencapaian itu dikongsi Dr Kee B Park, individu bertanggungjawab di sebalik gerakan itu di laman Twitternya pada Rabu.
“Malaysia mendapat markah tinggi untuk sistem kesihatannya. Sangat menghargai kepimpinan dan sokongan untuk gerakan #GlobalSurgery,” ciap beliau.
Dalam ciapan tersebut, Dr Kee turut berkongsi gambarnya bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menghadiri Persidangan Kesihatan Sedunia Sesi Ke-75 (WHA75).
Dalam pada itu, Khairy turut memberi respons terhadap ciapan Dr Kee dan ulang ciap perkongsian beliau.
“Terima kasih Dr Kee. Ayuh teruskan agenda untuk pembedahan yang selamat dan tidak membebankan melalui inovasi.
“Malaysia berbesar hati untuk menyokong gerakan #GlobalSurgery,” ciap beliau.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai sistem kesihatan yang kuat dan liputan yang sejagat (UHC).
Menurut Dr Noor Hisham, WHO berkata, sistem kesihatan di Malaysia juga diiktiraf mempunyai asas yang kukuh dalam menangani pandemik COVID-19 melalui pengalaman lepasnya.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo