NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sidang Kemuncak Ulama cari resolusi bebaskan Al-Aqsa


SEPANG: Kira-kira 200 ulama dari dalam dan luar negara akan berkumpul selama tiga hari bagi menghadiri Sidang Kemuncak Ulama 2022 bermula esok.

Sidang kemuncak itu antara lain bertujuan mencari resolusi untuk membebaskan Masjidil Aqsa daripada serangan tentera Israel.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan MyAqsa, Abd Rasyid Idris, berkata antara ulama yang akan menghadiri sidang kemuncak dengan tema Perpaduan Asas Pembebasan Al-Aqsa itu adalah dari Sudan, Tunisia, Algeria, India, Pakistan dan Qatar serta beberapa mufti dari Malaysia.

"Sidang kemuncak ini akan menjadi medan menyatukan hati dan menentukan hala tuju golongan ulama.

"Kita mahu memperjuangkan Masjidil Aqsa kerana ia simbolik perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam sirah (sejarah) Israk dan Mikraj," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media sempena Sidang Kemuncak Ulama 2022 di sini, hari ini.

Abd Rasyid yang juga Pengarah Bersama Jawatankuasa Induk sidang kemuncak itu berkata, empat sesi perbincangan berkaitan penyatuan ummah dan pembebasan Masjidil Aqsa daripada tentera Israel dibincangkan bagi mengumpulkan input untuk menghasilkan resolusi.

"Semua perbincangan akan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar memandangkan sidang kemuncak ini dihadiri ulama yang fasih berbahasa Arab.

"Ia tidak terbuka kepada orang ramai," katanya. – BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo