NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Impian skuad Harimau Muda ke final musnah

Penjaga gol negara, Muhammad Azri Ab Ghani (tiga kiri) menyelamatkan cubaan pemain Vietnam pada aksi separuh akhir Sukan SEA 2021 di Stadium Viet Tri, Viet Tri, Vietnam, sebentar tadi. - Foto REUTERS.

KUALA LUMPUR: Impian skuad 'Harimau Muda' untuk meneruskan cabaran memburu pingat emas acara bola sepak Sukan SEA 2021 di Hanoi tidak kesampaian apabila tewas 1-0 di tangan pasukan tuan rumah, Vietnam dalam aksi separuh akhir di Stadium Viet Tri, sebentar tadi.

Vietnam yang juga pemenang pingat emas edisi 2019, lebih banyak melakukan percubaan ke pintu gol Malaysia, namun benteng skuad negara bertahan dengan baik selain turut dibantu kecemerlangan penjaga gol, Azri Ab Ghani.

Kebuntuan kedua-dua pasukan untuk mencipta jaringan sepanjang 90 minit permainan menyaksikan perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan.

Selepas berjaya bertahan lebih 110 minit, kubu pasukan negara akhirnya bocor juga menerusi jaringan Linh Nguyen Tien yang menanduk masuk bola sepakan percuma Dung Do Hung, sekali gus menjadi gol kemenangan buat Vietnam.

Vietnam akan berdepan Thailand di final, manakala Malaysia pula akan menentang Indonesia dalam perebutan pingat gangsa dengan perlawanan akan berlangsung di Stadium My Dinh, Ahad ini.

Penyerang Malaysia, Luqman Hakim (kiri) diasak pemain Vietnam, Binh Nguyen Thanh pada aksi separuh akhir Sukan SEA 2021 di Stadium Viet Tri. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Pemain Malaysia kecewa selepas tewas 1-0 pada aksi masa tambahan di Stadium Viet Tri. - NSTP/Eizairi Shamsudin


Pemain Vietnam rai kejayaan ke final selepas menang tipis ke atas Malaysia di Stadium Viet Tri. - NSTP/Eizairi Shamsudin


Thailand terlebih dahulu mengesahkan kemaraan ke final selepas menewaskan pemenang pingat perak edisi 2019, Indonesia 1-0 hasil jaringan Weerathep Pomphan pada masa tambahan.

Aksi di Stadium Thien Truong itu turut menyaksikan empat layanan kad merah yang mana satu buat Thailand dan tiga membabitkan pemain Indonesia.



Sumber | BH Online






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo