NOTIS:

Belum ada lagi....

Ribut petir di beberapa negeri utara pada Selasa, Rabu

0



KUALA LUMPUR: Sambutan Aidilfitri tahun ini dijangka tidak berdepan sebarang fenomena cuaca melampau dan ketara.

Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ketika mengumumkan perkara itu bagaimanapun berkata ribut petir masih dijangka berlaku di beberapa negeri.

"Justeru, orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kejadian ribut petir," katanya menerusi kenyataan khas sempena Aidilfitri, hari ini.

Ribut petir dijangka melanda satu atau dua tempat di Perlis dan Pulau Pinang pada pagi Selasa.

Cuaca sama dijangka melanda satu dua tempat di kawasan pantai di Kedah, Perak, Selangor dan Johor barat.

Turut berdepan keadaan sama ialah Kudat dan Sandakan di Sabah, selain Sarikei, Mukah serta Sibu di Sarawak.

Ramalan cuaca sebelah petang pula menyaksikan kejadian ribut petir dijangka di beberapa tempat di barat Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

"Ribut petir di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor timur, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah (Sandakan), barat dan tengah Sarawak.

"Bagi sebelah malam, ribut petir di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah (kawasan pedalaman dan Sandakan) serta Sarawak (Kapit, Miri, Limbang)," menurut ramalan khas itu.

MetMalaysia menjangkakan ribut petir di satu dua tempat di Pulau Pinang pada pagi Rabu ini, selain kawasan di pantai Kedah, Perak, Selangor, Johor barat dan Sabah, iaitu Kudat serta Sandakan.

Katanya, ramalan cuaca bagi petang hari sama mungkin menyaksikan ribut petir di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor timur, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

"Pada sebelah malam Rabu ini, ribut petir dijangka di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah (kawasan pedalaman dan pantai barat) serta Sarawak (Kapit, Miri, Limbang)," katanya.

Sumber | BH Online






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo