NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Op Selamat: Dua hari pertama catat 28 kematian



KUALA LUMPUR: Sejumlah 28 kematian direkodkan akibat kemalangan jalan raya di seluruh negara pada dua hari pertama Op Selamat 18 sempena Aidilfitri yang bermula Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain, berkata sepanjang tempoh sama juga 3,987 kemalangan dilaporkan berlaku seluruh negara.

Mengulas lanjut, katanya 2,170 kemalangan direkodkan pada hari pertama Op Selamat dengan 10 kemalangan maut membabitkan 10 kematian.

Beliau berkata, semalam pada hari kedua Ops Selamat pula, sejumlah 1,817 kemalangan lagi direkodkan membabitkan 17 kemalangan maut dengan 18 kematian.

Tambah beliau, penunggang dan pembonceng motosikal mencatat jumlah kematian tertinggi dengan 16 kematian, diikuti 11 pemandu dan penumpang kereta serta satu kematian pemandu van.

"Selangor mencatat jumlah kemalangan tertinggi dengan 1,085 kes, diikuti Johor (503 kes), Kuala Lumpur (443 kes), Pulau Pinang (374 kes), Perak (364 kes), Kedah (194 kes), Pahang (190 kes) dan Negeri Sembilan (162 kes).

"Sementara itu, Melaka dan Kelantan masing-masing merekodkan 144 kes kemalangan, diikuti Sabah (129 kes), Sarawak (125 kes), Terengganu (77 kes) dan Perlis (23 kes)," katanya kepada BH.

Razarudin, berkata bagi kemalangan maut, Perak mencatatkan jumlah tertinggi dengan empat kes, diikuti Selangor, Pahang, Kelantan dan Sarawak masing-masing tiga kes, manakala Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Johor masing-masing dua kes.

Tiga lagi kes kemalangan maut, katanya, masing-masing satu di Kuala Lumpur, Terengganu dan Melaka.

Dalam pada itu, beliau berkata, jalan bandaran mencatat jumlah kemalangan tertinggi dengan 767 kemalangan, diikuti jalan negeri dengan 364 kes), jalan persekutuan (340 kes) dan lebuh raya (211 kes).

Sementara itu, katanya sebanyak 61,729 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan setakat ini, yang mana 31,591 saman dikeluarkan Jumaat lalu dan 30,138 lagi pada semalam.

"Sepanjang Op Selamat 18 ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memfokus pemeriksaan ke atas motosikal menerusi Op Motosikal.

"Dalam tempoh dua hari ini, kita mengeluarkan 6,238 saman atas kesalahan tiada lesen memandu (1,106 kes), tiada topi keledar (532 kes), tiada cukai jalan (510 kes) serta ubah suai struktur kenderaan (448 kes)," katanya.

"Kesalahan lain dikesan termasuk tidak bawa lesen (311 kes), lesen tamat tempoh (125 kes) dan penunggang bawah umur (59 kes)," katanya.

Sumber | BH Online






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo