NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi kuasai 11 negeri, Sarawak belum umum keputusan


KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, semakin hampir menguasai perebutan jawatan Timbalan Presiden parti itu selepas mendahului di 11 daripada 13 negeri setakat ini, berbanding pencabarnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Setakat jam 9 malam ini, bekas Ahli Parlimen Pandan itu mendapat undi terkumpul sebanyak 66,359 selepas menang di Selangor, Melaka, Kelantan, Johor, Pahang, Kedah dan Negeri Sembilan.

Beliau turut menang di Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan dan Terengganu.

Saifuddin Nasution pula memperoleh sebanyak 47,986 undi dan berhasil menguasai Sabah dan Perlis.

Berdasarkan keputusan yang dikongsikan di laman rasmi keputusan pemilihan PKR, www.pemilihankeadilan2022.com setakat ini, hanya Sarawak yang belum mempamerkan keputusan pemilihannya.

Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) sebelum ini memaklumkan, seramai 147,334 ahli PKR mengundi dalam pemilihan kali ini atau sekitar 13.17 peratus dari 1,118,423 ahli yang layak mengundi kali ini.

Ini bermakna, mana-mana calon yang melepasi jumlah 73,667 undi atau melepasi 50 peratus khususnya bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR, boleh dianggap menang pada pemilihan kali ini.


Sumber | BH Online






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo