NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selepas Hans Isaac, Altimet, giliran Afdlin pula tewas


KUALA LUMPUR: Pelakon, penerbit dan pengarah Datuk Afdlin Shauki tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa.

Cabang itu dimenangi penyandang yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad selepas memperoleh 482 undi, sementara Afdlin sekadar berpuas hati dengan 372 undi.

Dengan keputusan terbaru itu, menyaksikan saingan membabitkan personaliti dan artis dalam Pemilihan PKR kali ini gagal meraih kejayaan.

Terdahulu, BH melaporkan, pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Hans Isaac juga tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang Ampang.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, sekadar memproleh 609 undi sementara pesaing selebriti lain, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet, yang turut tewas, memperoleh 589 undi.

Pemilihan bagi Ketua Cabang Ampang dimenangi Daing Muhammad Reduan Bachok, yang memperoleh 942 undi.


Sumber | BH Online






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo