NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KEMAS kaji keperluan pembukaan Tabika baharu

Pembukaan Tabika baharu bergantung keperluan bagi mengelak pembaziran. - NSTP/FAIZ ANUAR

MELAKA: Pembukaan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) baharu di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di sesuatu kawasan bergantung kepada keperluan bagi memastikan tidak berlaku pembaziran.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ketika ini, Tabika KEMAS mendapat saingan daripada sekolah rendah yang menawarkan pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak berusia seawal empat tahun.

Mengulas lanjut, katanya, setiap tahun permohonan diterima bagi pembukaan baharu antara lima hingga ke 10 Tabika di setiap negeri dan sehingga kini terdapat 10,765 Tabika KEMAS di seluruh negara dengan jumlah murid 215,565 orang.

"Apabila ada permintaan kita akan lihat 'timeline' (garis masa), program dan juga jangkaan tahun akan dibuka.

"Maknanya kita perlu ada sedikit bajet untuk tujuan pembukaan baharu dan itu semua kita kaji dari semasa ke semasa," katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM) KE-II/2022 dan Kelab Wawasan Anak Muda Perintis Intelektual Semalaysia (WARIS) di Ayer Keroh, semalam.

Mahdzir berkata, bilangan murid di sesebuah tabika juga diambil kira bagi membolehkan premis baharu dibuka untuk mengelakkan terjadi longgokan kanak-kanak.

"Satu lagi kita akan buka kerana kanak-kanak terlampau ramai di satu tempat. Kalau kita longgokan murid di situ tidak cantik jadinya.

"Kalau dalam satu kelas sudah ramai kita perlu buka yang baharu kerana dalam satu kelas murid sekurang-kurangnya antara 20 hingga 30 orang sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Mahadzir berkata, kenaikan kadar elaun kira-kira 11,000 pembantu Tabika KEMAS yang dicadangkan pihaknya sebelum ini belum menerima daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

"Kita sudah bawa kepada kementerian tetapi belum ada jawapan, namun begitu kita harap jawapan itu nanti positif. Sekarang ini elaun diterima RM500 setiap bulan.

"Mereka ini sukarelawan apabila sudah lama ada kemahiran jadi banyak kerja yang hendak dibuat, eloklah dipertingkatkan," katanya.



Sumber | BH Online




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo