NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pos Malaysia catat rugi RM30.37 juta


KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan kurier nasional, Pos Malaysia Bhd merekodkan kerugian bersih lebih rendah RM30.37 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2922 berbanding RM46.78 juta setahun lalu.

Pendapatan merosot sebanyak 18.6 peratus kepada RM484.35 juta daripada RM595.28 juta setahun lalu, dipacu terutama oleh jumlah bungkusan lebih kecil berpunca daripada penurunan pembelian dalam talian di tengah-tengah kelonggaran sekatan pergerakan COVID-19 dan perubahan yang dihasilkannya terhadap tabiat pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Charles Brewer, berkata di sebalik landskap operasi mencabar, prestasi suku pertama adalah bukti bahawa transformasi syarikat itu sedang mula memberikan hasil.

"Kami melihat banyak peluang meningkat. Namun, kami turut menyedari cabaran sedia ada berkaitan dengan pasaran yang terus menyumber dalaman, tekanan inflasi ke atas kos dan permintaan serta kurangnya persaingan adil dalam penghantaran akhir bungkusan, yang akan terus membina tekanan terhadap pulangan," katanya.

Brewer berkata, kumpulan akan terus memacu pelan transformasi, mengukuhkan teras dan membina kepercayaan untuk menghubungkan rakyat dan perniagaan ke arah menghasilkan prestasi lebih baik bagi tahun ini.





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo