NOTIS:

Belum ada lagi....

Kate Moss nafi pernah ditolak, disepak Johnny Depp seperti didakwa Amber Heard

0

Kate Moss (kiri) pernah menjalani hubungan intim bersama Depp pada tahun 1990. - Gambar fail/AP

KUALA LUMPUR: Kekasih lama sutradara Hollywood, Johnny Depp iaitu Kate Moss yang juga peragawati antarabangsa menafikan kenyataan yang dibuat oleh bekas isterinya, Amber Heard yang mengatakan dia pernah 'disepak' dan 'ditolak' oleh artis berkenaan
Moss yang hadir secara dalam talian sebagai saksi semasa perbicaraan fitnah kedua-dua figura berkenaan menjawab dakwaan yang dibuat oleh Heard yang mengatakan bahawa dia sebelum ini pernah ditolak dari tangga sehingga terjatuh di sebuah resort di Jamaica.
Sebaliknya, dia menjelaskan bahawa dirinya tergelincir dari tangga bilik hotel berkenaan.
"Semasa hendak meninggalkan bilik, Johnny telah pun pergi terlebih dahulu.
"Ketika itu hujan lebat. Semasa keluar dari bilik saya tergelincir dan merasa kesakitan di belakang badan," katanya dalam kenyataan bersumpah.
"Saya menjerit dan tidak tahu apa yang berlaku dan saya merasa kesakitan. Dia (Depp) datang ke arah saya dan membantu saya bantu dan bawa saya masuk semula ke bilik selain mendapatkan bantuan perubatan," jelasnya lagi.
Moss menyakinkan bahawa Depp tidak pernah mencederakannya semasa kejadian.
Heard, dalam salah satu siri perbicaraan fitnah mereka awal bulan ini menyebut nama Moss dan mendedahkan kepada hakim bahawa terdapat kejadian seumpama itu berlaku antara adiknya, Whitney Henriquez dan Depp sebelum ini pada March 2015.
Katanya Henriquez merayu supaya Depp menghentikan keganasan berkenaan.
Penjelasan itu sekali gus dikaitkan dengan Moss yang pernah mempunyai hubungan intim dengan Depp.
"Whitney kembali berada diatas tangga dan Johnny menyerangnya. Saya tidak teragak-agak, tidak menunggu. Di dalam kepala terus teringat kejadian di antara Moss dan Depp berkenaan tangga," lapor Heard.
Menurut laporan The New York Post, Heard membawa isu serangan di tangga antara Moss dan Depp ini ke dalam perbicaraan sejak 2020 lagi.

Sumber | BH online





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo