NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perbincangan mengenai Jawatankuasa Kerjasama Solidariti GRS-BN masih belum diadakan - Yakub

Datuk Yakub Khan bagaimanapun tidak menolak kemungkinan usaha ke arah kerjasama itu akan sampai bila tiba masanya.

KOTA KINABALU: Belum ada perbincangan antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional mengenai jawtankuasa kerjasama solidariti gabungan itu.
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan bagaimanapun tidak menolak kemungkinan usaha ke arah kerjasama itu akan sampai bila tiba masanya.
"Dalam kolaborasi GRS ini, ia belum sampai ke peringkat perbincangan dengan Barisan Nasional. Mungkin di pihak GRS mereka mengambil langkah dan berfikir ke arah itu... tetapi belum lagi sampai ke peringkat berbincangan bersama kita.
"InshaAllah, ia akan sampai ke peringkat perbincangan antara GRS dan BN dalam (jawatankuasa kerjasama solidariti GRS-BN)," katanya ketika ditemui media pada Selasa.
Beliau diminta mengulas mengenai Jawatankuasa Kerjasama Solidariti GRS-BN yang ditubuhkan gabungan itu yang bertujuan bagi menyatukan parti-parti dalam gabungan itu dan BN.
Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor pada sidang media semalam memaklumkan, penubuhan jawatankuasa itu juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Hajiji turut memaklumkan bahawa GRS akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Mei depan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) bersama JAWALA Plantation Industries Sdn Bhd (JPISB) & Forest Interactive Foundation (FIF).
Yakub yang juga Menteri KSTI berkata, kerjasama ini adalah bertujuan untuk memperkasakan pembangunan sektor sains, teknologi dan inovasi di negeri ini.
Tambah beliau, pihaknya terbuka untuk menerima mana-mana syarikat untuk berkongsi kepakaran mereka dalam usaha memajukan negeri itu.
"Saya menyeru agar lebih banyak syarikat-syarikat mahupun orang perseorangan yang berkemampuan, yang mempunyai kemahiran untuk tampil bersama dgn KSTI dalam kita menjayakan misi Sabah Maju Jaya (SMJ)
"Iaitu melahirkan masyarakat yang intelek, inovatif dan berkemahiran tinggi dalam usaha SMJ," katanya lagi.
Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo