NOTIS:

Belum ada lagi....

Pemimpin parti sayap kanan bakar satu lagi naskhah al-Quran di Sweden

0


STOCKHOLM: Pemimpin parti sayap kanan Denmark Stram Kurs (Hard Line) mendakwa dia membakar senaskhah lagi salinan al-Quran pada Sabtu.
Di media sosial, Rasmus Paludan mengumumkan untuk membakar kitab suci umat Islam itu di hadapan Masjid Raslatt di bandar Jonkoping di selatan Sweden meskipun polis Sweden tidak membenarkannya.
Polis Sweden menolak permohonan Paludan untuk mendapatkan kebenaran bagi mengadakan demonstrasi membakar kitab suci umat Islam itu pada 1 Mei, bertepatan dengan sambutan Hari Buruh Sedunia di seluruh Sweden, lapor agensi Anadolu.
Sementara itu, sekumpulan penduduk di Malmo memprotes provokasi Paludan yang membakar al-Quran di pelbagai bandar Sweden semasa cuti Paskah.
Menangani penunjuk perasaan, ahli politik kelahiran Turki Mikail Yuksel, yang mengasaskan Parti Different Colours (Nyan) di Sweden, menggesa provokasi Paludan dihentikan.
Minggu lalu, kira-kira 500 orang menghadiri bantahan yang dianjurkan oleh Nyan di hadapan parlimen negara itu di ibu negara Stockholm.
Penunjuk perasaan memegang sepanduk bertulis "Hentikan pembakaran al-Quran" dan "Berhenti menghina umat Islam".
Pada 14 April, Paludan membakar satu salinan kitab suci umat Islam di bandar Linkoping, selatan Sweden. Dia juga mengancam untuk membakar naskhah kitab suci itu semasa perhimpunan berikutnya.
Awal bulan ini, Kementerian Luar Turki mengecam tindakan itu dan menyifatkan ia sebagai provokasi terhadap Islam.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo