NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kemenangan Zii Jia tamatkan penantian 6 tahun Malaysia


PETALING JAYA:
Bintang badminton negara Lee Zii Jia menewaskan Jonatan Christie dari Indonesia 21-17, 23-21 untuk merangkul kemenangan pada final perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Manila.

“Ia satu kemenangan!,” kata Persatuan Badminton Malaysia dalam tweet.

“Zii Jia menamatkan penantian enam tahun Malaysia untuk gelaran perseorangan lelaki di BAC dengan kemenangan kedua dalam kariernya ke atas Christie. Tahniah Jia.”

Bekas pemain nombor satu dunia Lee Chong Wei adalah rakyat Malaysia terakhir memenangi gelaran perseorangan lelaki BAC pada 2016.

Edisi tahun ini menyaksikan pemain nombor 7 dunia Zii Jia menewaskan pemain China Weng Hong Yang 21-11, 21-19 semalam untuk menempah tempat ke final hari ini menentang pemain nombor 8 dunia Jonatan.

Sementara itu dalam final beregu lelaki, pasangan Malaysia Aaron Chia-Soh Wooi Yik tumbang kepada pasangan Indonesia Pramudya Kusumawardana-Yermia Rambitan 23-21, 21-10 dengan membawa pulang pingat perak.

Gandingan Malaysia itu menempah tempat mereka dalam perlawanan kejuaraan selepas menewaskan rakan senegara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani 21-13-21-15.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo