NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS istiqamah dalam memperkukuhkan perpaduan Melayu


KOTA BHARU: PAS tetap berusaha untuk mengukuhkan lagi perpaduan orang Melayu dan umat Islam di bawah naungan Muafakat Nasional (MN) biar pun usaha itu pernah ditolak Umno.

Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, agenda tersebut merupakan perancangan PAS pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang menyaksikan perpecahan sokongan orang Melayu.

“Agenda perpaduan untuk kebaikan ummah akan dapat kita lihat suatu hari nanti. Kita terus berusaha menjadikan umat Islam dalam satu saf bagi membela agama, bangsa dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan petugas-petugas Rumah Terbuka PAS Kelantan sempena Aidilfitri 1443 di JKR 10 hari ini.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Dato’ Johari Mat; Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri Wan Roslan Wan Hamat dan Ketua Muslimat PAS Kelantan Dato’ Siti Zailah Yusoff.

Baru-baru ini Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak semua parti politik melakukan pengorbanan dan mengenepikan perbezaan politik untuk mereset semula negara.

Bagaimanapun Ahli Majlis Tertinggi Umno Dato’ Mohd Razlan Mohammad Raffi dilapor menganggap saranan Muhyiddin untuk penyatuan antara parti politik sekadar retorik.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS turut menjalinkan hubungan dengan Bersatu Malaysia melalui gagasan Perikatan Nasional (PN).

“Penganjuran rumah terbuka tahun-tahun akan datang, kita akan jemput lebih ramai lagi, selain ketua-ketua kaum, ketua agama, pemimpin politik termasuk pembangkang,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 23/5/2022






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo