NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MAIK bebas rasuah


KOTA BHARU: Majlis Agama Islam Adat dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mencatat ‘zero’ rasuah memandangkan tiada sebarang laporan diterima membabitkan pegawai, kakitangan serta imam masjid di Kelantan.

Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, penerapan unsur kerohanian boleh menjadi benteng untuk mengelakkan gejala rasuah serta salah guna kuasa berlaku.

Katanya MAIK juga menjalankan kerjasama dengan Universiti Teknilogi Mara (UTM) cawangan Kelantan bagi mengadakan kursus pengurusan kewangan masjid kepada semua pegawai dan ahli jawatankuasa masjid mukim di seluruh negeri.

“Kursus tersebut penting bagi memberi pendedahan dan pengetahuan tentang tatacara pengurusan kewangan bagi mematuhi peraturan ditetapkan.

“Dan lebih penting bagi mengelakkan kebocoran dan ketirisan dalam pengurusan kewangan masjid yang cekap dan efektif,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah Dan Pengurniaan Tauliah Pelantikan Pegawai Masjid Mukim Tahun 2022 di sini, hari ini.

Program berkenaan diadakan di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan Kompleks Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji.

Pada majlis tersebut seramai 107 orang menerima watikah pelantikan sebagai pegawai masjid mukim bagi tahun 2022.

Turut hadir Mufti Kelantan Dato’ Mohamad Shukri Mohamad, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan Rosli Husain dan Timbalan Yang Dipertua MAIK Zulkifle Ab Rahman,

Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata, MAIK sentiasa bekerjasama dengan SPRM dalam usaha mengekang sebarang gejala rasuah.

Menurutnya juga ikrar bebas rasuah merupakan sebahagian komitmen MAIK dalam usaha menyokong dan mendukung prinsip amanah dan integriti dalam perkhidmatan.

“Ketelusan serta amalan bebas rasuah perlu diterapkan dalam kalangan setiap kakitangan MAIK,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 23/5/2022






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo