NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Masih dilarang guna Twitter, ugutan saman Donald Trump ditolak hakim

Twitter telah menyekat Trump pada 8 Januari 2021, dengan alasan akaunnya berisiko mencetus lebih banyak keganasan

HAKIM di Mahkamah Persekutuan di San Francisco, Amerika Syarikat membatalkan tindakan saman yang dibuat oleh bekas Presiden AS, Donald Trump, yang berusaha menarik semula sekatan penggunaan akaun Twitternya.
Bagaimanapun, Hakim James Donato, membenarkan Trump dan beberapa plaintif lain untuk memfailkan aduan terhadap Twitter.
Donato menyatakan bahawa tindakan Twitter menutup akaunnya bukan dilakukan mewakili agensi pemerintah AS, seperti yang didakwa Trump, dan oleh itu ia tidak bercanggah dengan hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Gergasi media sosial itu telah menyekat Trump pada 8 Januari 2021, dengan alasan hantaran di akaun Twitternya berisiko mencetus lebih banyak keganasan susulan insiden rusuhan di Capitol oleh para penyokongnya.
Dari sisi lain, beberapa badan pemantau kandungan juga sebelum ini 'kurang senang' dengan banyak ciapan dari Trump yang bersifat maklumat palsu dan mengelirukan masyarakat, yang hanya bertujuan meraih sokongan seterusnya memberi kelebihan politik kepadanya.
Trump, dan lima lagi individu telah memfailkan saman terhadap Twitter dan pengasas bersama, Jack Dorsey, pada tahun lalu bagi pihak mereka, selain sekumpulan pengguna yang juga disekat dari menggunakan aplikasi tersebut.
Keputusan Donato itu dibuat hampir dua minggu selepas Trump memberitahu agensi berita CNBC bahawa dia tidak berminat untuk kembali ke Twitter walaupun sekitranya sekatannya itu ditarik balik oleh Elon Musk.
Musk yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc menawarkan nilai AS$44 bilion untuk membeli Twitter, dan tawaran itu diterima ahli lembaga syarikat tersebut.
Sebelum tindakan larangan dan sekatan itu, Trump merupakan pengguna tegar Twitter, dengan menciap secara purata sebanyak 30 hantaran setiap hari menjelang hari-hari akhir kepresidenannya. Sewaktu akaun itu disekat, Trump mempunyai hampir 90 juta pengikut.
Dalam saman yang difailkannya, Trump mendakwa Twitter melanggar hak kebebasan bersuara dengan hujah ia dibuat atas tekanan anggota Kongres Demokrat.
Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo