NOTIS:

Belum ada lagi....

Malaysia mohon tambahan kuota haji sebanyak 5,000 lagi.

0
Malaysia memohon sebanyak 5,000 tambahan kuota jemaah haji daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Bagaimanapun beliau berkata ia bergantung kepada kemampuan yang boleh diberikan oleh negara itu.

"Kami mohon sahaja tetapi bidang kuasa terletak pada Kerajaan Arab Saudi," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) Mustafa Samat di Kampung Pasir di Bukit Gantang, hari ini.

Beliau berkata surat tawaran yang ditolak bagi jemaah yang menghadapi masalah termasuk disebabkan kesihatan dan faktor umur, juga akan ditawarkan kepada jemaah lain.

Sehubungan itu, Idris menasihatkan para jemaah supaya menjaga kesihatan kerana semua bakal haji diwajibkan lulus pemeriksaan kesihatan bagi memperoleh visa haji sebagaimana ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

"Kami harapkan bakal jemaah haji tumpukan pada kesihatan kerana ibadah haji memerlukan fizikal yang cergas dan kesempurnaan bacaan adalah sunat sahaja.

"Kepada mereka yang tidak lulus, kami harap tahun depan insya-Allah mereka akan diberikan peluang, namun ia tetap ditentukan oleh Arab Saudi," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo