NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Long Tiger dilepas tanpa bebas kes pemerasan

Long Tiger atau nama sebenarnya, Abdul Hamim Ab Hamid.

JOHOR BAHRU: Mahkamah Majistret Tangkak hari ini melepas tanpa membebaskan Long Tiger atau nama sebenarnya, Abdul Hamim Ab Hamid, daripada tuduhan peras ugut yang dihadapinya, tahun lalu.

Peguamnya, Datuk Shaharudin Ali memaklumkan, perintah itu dibuat Majistret Zaridah Abdul Jaapar selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan berhubung kematian saksi utama pendakwaan, Luqman Haqeem Otman ketika di pertengahan proses perbicaraan kes itu.

"Majistret membuat perintah itu selepas kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan membuat hujahan lisan yang panjang lebar mengenai kesan kematian saksi utama pendakwaan, Luqman Hakeem pada pertengahan perbicaraan.

"Pihak pembelaan masih belum menyelesaikan pemeriksaan terhadap saksi itu," katanya dalam satu kenyataan di Muar, hari ini.

Beliau berkata, pada prosiding hari ini, pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syamilah Jalaluddin manakala tertuduh diwakili Shaharudin dan Azfar Azmi.

Media sebelum ini melaporkan mengenai Long Tiger, 33, dikenali sebagai penjenayah paling dikehendaki selepas didakwa terbabit dalam beberapa jenayah seperti pemerasan, rogol serta mengurung dan mengugut bekas pekerjanya.

Dia terus menjadi perhatian umum selepas didakwa meloloskan diri daripada tahanan lokap mahkamah ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak untuk menghadapi perbicaraan kes pemerasan berkenaan, kira-kira jam 11.55 pagi, 15 Disember 2021.

Lelaki etnik Rohingnya itu kemudian berjaya diberkas polis di Sungai Petani, Kedah pada 28 Disember 2021 dan pada 20 Januari lalu, Long Tiger dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Tangkak selepas didakwa dengan pertuduhan melarikan diri daripada tahanan mahkamah itu.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa melarikan diri daripada lokap mahkamah itu dengan menggunakan alasan untuk membuang air besar dan meminta anggota polis yang ditugaskan untuk membuka gari.

Dia kemudiannya mengambil kesempatan untuk melarikan diri ketika melihat pintu sel tidak berkunci dan bertindak keluar dengan menghala ke pintu utama mahkamah.

Ketika melarikan diri, tertuduh juga telah dikejar beberapa anggota polis, namun berjaya lolos dengan bersembunyi di kawasan semak-samun berhampiran mahkamah sebelum berjaya melarikan diri ke Sungai Petani, Kedah.


Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo