NOTIS:

Belum ada lagi....

Tajuddin Abdul Rahman sah menjadi Duta Besar Malaysia ke Indonesia

0

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia ketika dihubungi pada Selasa.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.
Pengesahan yang dibuat veteran UMNO itu sekali gus menamatkan segala spekulasi yang kedengaran sebelum ini.
"Memang benar (dilantik sebagai Duta Besar ke Indonesia)," kata Tajuddin kepada portal berita Malaysiakini.


Tajuddin akan menggantikan Datuk Zainal Abidin Bakar di negara republik berkenaan.
Pelantikan Tajuddin sekali gus menyaksikan ahli politik dilantik sebagai duta yang lazimnya diisi oleh golongan diplomat.
Sebelum ini, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang juga seorang ahli politik pernah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia di zaman pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.

Sumber | Astro Awani




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo