NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KFC Malaysia tawarkan koleksi NFT disertakan kod promo RM20 setiap bulan


KFC Malaysia kini turut menyertai arena NFT, dan menawarkan 11 NFT eksklusif melalui laman OpenSea bermula hari ini. Sebanyak 8 NFT ditawarkan dalam bentuk bidaan, sementara 3 lagi koleksi ditawarkan dalam bentuk peraduan.

KFC mengatakan pemegang NFT ini akan menerima kod promo bulanan untuk digunakan dalam pembelian pada aplikasi KFC – bernilai RM20 setiap bulan, sehingga 12 baucar keseluruhan, membawa kepada jumlah yang anda terima sekitar RM240 sepanjang tempoh promosi ini.

KFC Malaysia turut menyatakan yang mana promosi koleksi NFT ini juga adalah terhad sehingga 30 Jun 2023 sahaja – bermakna ia bukan untuk masa selamanya.

Secara kasar, setiap satu NFT ditawarkan pada harga bidaan bermula 0.08ETH, iaitu sekitar RM840. Sekiranya berminat, anda boleh merujuk laman khusus yang disediakan oleh KFC Malaysia untuk kempen ini hari ini.

Jadi bagi anda, adakah anda akan mendapatkan NFT keluaran KFC Malaysia ini?

Sumber | Amanz






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo