NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan lepaskan peluang, lindungi anak sebelum PICKids ditutup - Khairy


KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyeru ibu bapa supaya mengambil peluang melindungi anak masing-masing daripada wabak COVID-19 memandangkan pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dos pertama hanya tinggal lapan hari sebelum ditutup pada 15 Mei ini.

"Ambillah peluang untuk melindungi anak anda dari COVID-19, Sindrom Keradangan Pelbagai Sistem dalam Kanak-Kanak (MIS-C) dan komplikasi lain akibat jangkitan.

"Lebih 1.5 juta kanak-kanak sudah dicucuk di Malaysia. Terbukti selamat!" katanya menerusi hantaran di akaun Twitter hari ini.

Menurut laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 1,542,513 kanak-kanak atau 43.4 peratus daripada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 setakat semalam.

Setakat semalam juga, sejumlah 894,826 atau 25.2 peratus kanak-kanak daripada kumpulan umur yang sama di Malaysia telah lengkap menerima vaksin di bawah PICKids.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,896,056 atau 93.1 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,993,641 atau 96.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Khairy sebelum ini dilaporkan berkata bayaran akan dikenakan bagi suntikan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak selepas PICKids ditamatkan pada 15 Mei ini.

Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C) sebelum ini mengumumkan pemberian dos pertama di bawah PICKids hanya akan diberikan hingga 15 Mei dan tidak lagi ditawarkan selepas tarikh akhir berkenaan memandangkan permintaan rendah vaksinasi boleh menyebabkan pembaziran vaksin yang tinggi.

Selepas tarikh itu, vaksin yang diberikan adalah secara berbayar dan jenis yang diberikan ialah Sinovac.

Program PICKids tidak dapat dipanjangkan kerana melibatkan tarikh luput vaksin, penghantaran daripada pengeluar selain terdapat usaha memperoleh lebih banyak ubat antiviral. – BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo