NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hoe Yean akhiri penantian emas renang

Aksi Hoe Yean ketika acara gaya bebas lelaki 200 meter di My Dinh Water Sports Stadium pada Sukan SEA Ke 31 di Hanoi, Vietnam. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

HANOI: Selepas mengumpul tiga pingat perak, perenang muda negara Khiew Hoe Yean mencipta sensasi dengan merangkul emas 200 meter (m) gaya bebas lelaki pada aksi final di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini.

Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu mengungguli saingan dengan catatan masa satu minit dan 47.81 saat (s) untuk meninggalkan Quah Zheng Wen di tempat kedua (1:48.20s) manakala gangsa milik tuan rumah Hoang Quy Phuoc dengan catatan 1:49.35s.


Seorang lagi perenang negara, Welson Sim menamatkan saingan di kedudukan keenam apabila merakam 1:50.63s.

Kejayaan itu juga pingat emas pertamanya di pentas Sukan SEA selepas hampir mencipta kejutan menjuarai 200m kuak lentang Isnin lepas, namun terpaksa berpuas hati membawa pulang perak apabila hanya dipisahkan beberapa detik dengan pemenang emas dari Vietnam, Nguyen Tran Hung.

Ini juga koleksi pingat keempat diraihnya di Hanoi selepas merangkul perak masing-masing dalam acara 400m gaya bebas, 200m kuak lentang dan 4x200m gaya bebas.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo