NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hak Zuraida tukar parti - Abdul Hadi


IPOH: Tindakan Datuk Zuraida Kamaruddin membuat keputusan dengan meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) merupakan hak Ahli Parlimen Ampang itu sendiri.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sebagai sebuah negara demokrasi, seseorang individu itu dibenarkan untuk menyertai mana-mana parti politik malah boleh menubuhkan parti politik.
Malah ujarnya ketika ini Rang Undang-undang (RUU) Anti ompat parti juga masih belum diluluskan.
“Yang pertama, dia parti lain, terpulang kepada dia dan Malaysia ini negara demokrasi. Undang-undang antilompat parti pun belum lagi diluluskan.
“Negara demokrasi daripada prinsipnya seseorang itu dia boleh hendak pergi mana-mana parti, nak tubuh parti pun dibolehkan. Kalau cukup syarat, terpulang pada RoS, kebebasan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas di Stadium Indera Mulia di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, ditanya sama ada kedudukan Zuraida dalam Kabinet perlu dikekalkan atau diganti, Abdul Hadi memberitahu ia bergantung kepada perbincangan antara parti dalam kerajaan.
Katanya, ini kerana secara dasarnya, lantikan sebagai anggota Kabinet adalah lebih kepada mewakili sesuatu parti dalam Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).
Pada Khamis, Zuraida mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta keluar Bersatu untuk menyertai PBM.
Ahli Parlimen Ampang itu dilaporkan berkata, beliau memutuskan menyertai PBM kerana tertarik dengan perjuangan parti baharu berkenaan.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo