NOTIS:

Belum ada lagi....

Google berjanji tidak akan jual dan guna data peribadi pengguna

0


Di acara Google I/O 2022, sudah semestinya Google tidak akan terlepas untuk bercakap mengenai sekuriti dan privasi pengguna.

Antara yang mereka umumkan adalah ikon amaran akan dipaparkan pada imej profil akaun Google jika keselamatan terancam, mohon memadam maklumat peribadi daripada carian Google, serta beberapa perlindungan untuk perkhidmatan Google Workspace seperti Google Docs, Slides dan Sheets. Tidak lupa juga yang Google bersama-sama dengan Apple dan Microsoft mula menyokong piawaian FIDO Allience untuk dunia tanpa kata laluan. Untuk yang aktif membeli-belah atas talian pula, Google turut memperkenalkan ciri menjana nombor kad kredit maya seakan ciri Apple Hide My Email tetapi untuk kad.

Bercakap lagi mengenai Google Workspace, antara perkhidmatan mereka adalah Gmail, Docs, Slides, Sheets, Meet, Drive dan lain-lain untuk kerja, belajar dan produktiviti. Setiap aplikasi ini akan mempunyai perlindungan baharu untuk memastikan data pengguna kekal selamat.

  • Gmail misalnya, Google akan menghalang 99.9% daripada emel memancing data dan spam masuk.
  • Docs, Slides dan Sheets pula, mana-mana teks dengan hyperlink yang Google kesan ada tanda-tanda untuk memancing data pengguna dan memberi pengguna perisian hasad ia akan terus ditapis.
  • Pengurus kata laluan Google Password Manager juga akan disulitkan secara atas peranti.
  • Alat Protected Computing yang akan tiba nanti boleh mengurangkan lagi jejak-jejak pengguna di Internet dan menghalang data sensitif daripada diakses.
  • Di Ukrain pula, program Project Shield dikembangkan di sana untuk melindungi lebih 200 laman web kerajaan, syarikat media dan lain-lain.
  • Google juga meneruskan mengaktifkan akaun-akaun pengguna aktif dengan pengesahan dwi-faktor untuk sekuriti lebih ketat.

Lebih menarik, Google turut kelak akan menawarkan papan pemuka untuk kawalan iklan – My Ad Center. Iklan kelak boleh dikawal oleh pengguna untuk paparkan yang relevan seperti kategori, topik, jenama dan banyak lagi data lebih spesifik agar iklan dipaparkan mengikut citarasa pengguna.

Semasa acara Google I/O 2022 ini, wakil Google yang membentangkan perkara-perkara sekuriti dan privasi iaitu Danielle Romain selaku Naib Pengerusi Kepercayaan turut cuba meyakinkan semua orang yang Google tidak akan menjual data peribadi pengguna serta turut tidak akan menggunakan data-data pengguna tersimpan dalam perkhidmatan Google untuk tujuan iklan.

Sumber | Amanz






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo