NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ewon Benedick sahut cabaran terajui kepimpinan UPKO

Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick

KOTA BELUD: Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick menyahut cabaran untuk menerajui kepimpinan parti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian itu berkata, sekiranya itu kemahuan ahli-ahli di peringkat bahagian maka, beliau sedia untuk menyahut cabaran menerajui parti berkenaan.

“Konsultan terbaik adalah ahli-ahli parti. Maka, saya ingin mengajak pimpinan UPKO untuk mendengar pandangan dan teguran ahli-ahli parti dan juga rakyat.

“Jika majoriti ahli parti mahukan penjenamaan parti dipakejkan dengan transisi kepimpinan, maka kita harus peka dan ambil tindakan progresif.

“Kita tidak boleh bertanding dalam pilihan raya jika ahli-ahli parti di peringkat bahagian berpecah dan meninggalkan parti.

“Kita tidak akan dapat bersaing dengan blok politik kerajaan jika kita tidak berupaya mencetuskan inspirasi baharu yang dapat membina semula sokongan kepada parti ini,” katanya semasa berucap pada Mesyuarat Agung Tritahunan UPKO Bahagian Kota Belud, semalam.

Mesyuarat itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden UPKO, Datuk Donald Peter Mojuntin.

Ewon berkata, beliau sedia menawarkan rekod kepimpinan dan perkhidmatannya di kawasan DUN Kadamaian kepada ahli-ahli parti agar mereka dapat membuat keputusan semasa pemilihan pimpinan parti diadakan.

Menurutnya, beliau tidak mencabar kepimpinan sesiapa, tetapi beliau ingin menawarkan rekod kepimpinannya di Kadamaian kepada ahli-ahli parti.

“Sekiranya mereka rasa rekod ini boleh diangkat menjadi inspirasi baharu kepada parti dan jika masanya sudah tiba, saya bersedia menyahut cabaran tersebut.

“Banyak spekulasi mengatakan saya ada pengumuman pada hari ini. Namun, terpulanglah kepada ahli-ahli parti, khususnya bahagian-bahagian UPKO untuk menterjemahkan kenyataan saya hari ini,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, kenyataan itu sudah cukup jelas untuk diterjemahkan oleh ahli-ahli UPKO semasa pemilihan parti yang akan diadakan tahun ini.

Sebelum ini, beberapa media melaporkan pertandingan jawatan Presiden UPKO akan melihat persaingan antara penyandangnya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan Ewon. –UTUSAN





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo