NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mohamed Azmin ziarah pusara Haron Din di California

Mohamed Azmin berkesempatan menziarahi pusara bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, California.

SHAH ALAM - Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menziarahi pusara bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, California pada Ahad (waktu tempatan).

Ketika ziarah tersebut, beliau berkesempatan menghadiahkan bacaan surah al-Fatihah dan Yasin malah menzahirkan perasaan sedih di atas pemergian Allahyarham.

“Saya hanya mampu berdoa kepada ALLAH SWT semoga Almarhum Tuan Guru Datuk Dr Haron Din dianugerahkan husnul khatimah dan rohnya ditempatkan di dalam syurga yang penuh nikmat ALLAH SWT,” kongsinya di Facebook milik beliau, pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan perasaan rindu terhadap Allahyarham Haron, yang merupakan seorang murabbi ummah yang banyak berbakti terhadap umat dan perkembangan Islam di Malaysia dan rantau.

Mohamed Azmin berkata, selain tokoh sarjana muslim yang menyemai intelektual dan tradisi keilmuan, Allahyarham memainkan peranan besar dalam memasyarakatkan penghayatan Al-Quran.

“Kecintaan Tuan Guru terhadap institusi ilmu serta pembangunan masyarakat ilmu telah mendorong beliau untuk membangunkan Masjid Al Umm sebagai pusat pencerdasan umat Islam.

“Masih segar di ingatan saya, Almarhum secara peribadi menghubungi saya dan beberapa kali menziarahi saya di rumah untuk bersarapan pagi. Kami bincang pelbagai aspek yang terkait dengan ummah dan beliau banyak memberikan nasihat dan panduan kepada saya,” tulisnya lagi.

Ketika ini Mohamed Azmin mengetuai misi perdagangan dan pelaburan ke Amerika Syarikat (AS) dalam usaha mengukuhkan cadangan nilai Malaysia sebagai destinasi pilihan dan rakan perdagangan.

Misi yang bermula dari 9 hingga 18 Mei 2022 itu amat penting bagi Malaysia membabitkan diri dengan rakan perniagaan di negara itu dan meningkatkan kerjasama ekonomi Malaysia-AS.


Sumber | Sinar Harian




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo