NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Debat petanda politik matang

Debat Perdana di antara Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur. - Foto NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

KUALA LUMPUR: Debat secara terbuka mempromosi amalan politik matang, di samping menjadi satu langkah positif membudayakan persaingan politik yang lebih sihat dan berkualiti. 

Jawatankuasa Pemandu BERSIH dalam kenyataan hari ini berkata, Debat Perdana di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak dijalankan secara profesional dan menunjukkan satu pembahasan yang berkualiti dan matang.

ADVERTISEMENT

"Debat terbuka, profesional dan matang antara ciri-ciri demokrasi yang harus kita galakkan dan pada masa yang sama rakyat dapat dimaklumkan tentang ideologi, pendirian atau penyelesaian ahli-ahli politik berkenaan dengan isu atau dasar tertentu.

"Hal ini dapat menjadikan rakyat lebih prihatin untuk membabitkan diri dalam politik serta nembuat keputusan bermaklumat berkenaan dengan isu atau dasar, berkaitan masa depan negara.

"Perkara ini sangat penting khususnya pada te

BERSIH menggesa agar debat seumpama itu dapat dianjurkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), terutamanya oleh agensi media kerajaan, media swasta.

Katanya, harus ada debat calon perdana menteri, pemimpin parti politik atau calon bebas, berkenaan dengan manifesto dan visi parti masing-masing.

"Debat terbuka, profesional dan matang antara ciri-ciri demokrasi yang harus kita galakkan dan pada masa yang sama rakyat dapat dimaklumkan tentang ideologi, pendirian atau penyelesaian ahli-ahli politik berkenaan dengan isu atau dasar tertentu.

"Hal ini dapat menjadikan rakyat lebih prihatin untuk membabitkan diri dalam politik serta nembuat keputusan bermaklumat berkenaan dengan isu atau dasar, berkaitan masa depan negara.

"Perkara ini sangat penting khususnya pada tempoh pilihan raya," katanya.


Sumber | BH Online



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo