NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aplikasi Touch n Go eWallet “Hilang” daripada Apple App Store


Aplikasi Touch n Go eWallet kini dilihat dinyah-senaraikan oleh Apple daripada kedai aplikasi Apple App Store – sekaligus membuatkan pengguna iPhone tidak lagi boleh memuat-turunnya.

Bagi pengguna sedia ada, aplikasi yang terpasang di iPhone boleh digunakan seperti biasa – tetapi untuk pengguna baharu, anda tidak boleh memuat-turunnya sehingga masalah ini diselesaikan.

Buat masa ini, sebab disebaliknya tidak diketahui lagi. Kebiasaannya, sekiranya sesuatu kemaskini baharu tidak melepasi piawaian Apple, aplikasi versi lama masih akan ditawarkan melalui AppStore.

Apple biasanya hanya membuang aplikasi apabila ia melanggar terma – atau sekiranya akaun pembangun tersebut tidak diperbaharui. Kami telah hubungi pihak TNG, dan menantikan kemaskini berkaitan perkara ini.

Sumber | Amanz






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo