KUALA LUMPUR : Penggubalan Akta Antilompat Parti akan memastikan tiada lagi wakil rakyat yang mengambil kesempatan untuk mengubah parti masing-masing sehingga menjejaskan kepimpinan pentadbiran negara.
Penganalisis Politik, Prof Dr Ahmad Marthada Mohamad berkata, tindakan wakil rakyat itu bertentangan dengan kemahuan rakyat yang mahukan kestabilan politik.
"Ada individu-individu atau ahli-ahli politik yang mengambil kesempatan untuk mengubah parti masing-masing sehingga menjejaskan pentadbiran kepimpinan dalam negara.
"Ini yang diinginkan masyarakat, iaitu mereka mahu kestabilan. Mereka (yang lompat parti) tidak menjaga langsung masyarakat, dan tidak menjaga demokrasi rakyat, menyebabkan rakyat hilang keyakinan.
"Jadi kalau nak mengembalikan keyakinan, kena ada akta-akta yang sesuai supaya mereka tidak ambil kesempatan walaupun rakyat menaruh harapan tinggi terhadap mereka. Namun kerana kepentingan diri sendiri itu melebihi kepentingan negara, maka inilah (lompat parti) yang terjadi," katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
Katanya lagi, institusi politik negara perlu berdiri utuh dan proses demokrasi dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan kestabilan.
"Ada kalangan ahli politik lompat parti sehingga politik tidak stabil dan menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap mereka itu terhakis," tambahnya.
Sumber | Astro Awani
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment