NOTIS:

Belum ada lagi....

Piala Uber: Malaysia tersingkir

Aksi Myisha Mohd Khairul ketika menentang pemain Thailand Chockuwong Pornpawee pada Kejohanan Piala Uber di Stadium Impact Arena Bangkok hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Skuad wanita negara tersingkir daripada saingan Piala Uber selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam aksi peringkat kumpulan, sebentar tadi.

Selepas tewas 2-3 di tangan Denmark, semalam, barisan pemain wanita negara gagal mencetuskan kebangkitan apabila tunduk kepada Thailand 4-1 dalam aksi kedua Kumpulan C kejohanan yang berlangsung di Bangkok.

Keputusan itu menyaksikan pintu buat Malaysia untuk layak ke suku akhir sudah tertutup rapat dengan aksi terakhir bertemu Mesir, malam esok sekadar pelengkap jadual.

Thailand dan Denmark yang sudah merekodkan dua kemenangan secara automatik layak ke pusingan kalah mati dengan aksi terakhir antara kedua-dua pasukan esok akan menentukan juara dan naib juara kumpulan.

Terdahulu, juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei yang diberi tanggungjawab sebagai perseorangan pertama negara hampir mencipta kejutan ke atas bekas juara dunia, Ratchanok Intanon sebelum akur dengan kekalahan 21-14, 14-21, 15-21.

Beregu wanita, Pearly taN-M Thinaah bagaimanapun menyamakan kedudukan buat skuad negara apabila mengatasi gandingan Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai 16-21, 21-19, 21-17.

Namun, Thailand kembali mendahului menerusi kemenangan perseorangan kedua mereka, Pornpawee Chochuwong yang menewaskan pemain muda negara, Myisha Khairul 22-20, 21-10.

Beregu kedua tuan rumah, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard memastikan kemenangan awal pasukan itu selepas menundukkan pasangan negara Valeriee Siow-Teoh Mei Xing 21-9, 21-14.

Aksi perseorangan ketiga menyaksikan Busanan Ongbamrungphan menang ke atas pemain negara, Tan Zhing Yi 21-19, 21-6.

Sumber | BH Online





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo