NOTIS:

Belum ada lagi....

13 tahun Kelantan berdepan sekatan kewangan

0


KOTA BHARU: Pakar bidang pengurusan bekalan air menyifatkan apa yang dihadapi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dengan sekatan kewangan oleh kerajaan Pusat dalam tempoh 13 tahun sebagai sesuatu yang luar biasa.

Bagaimanapun kata Ir Mohamad Hanif, AKSB masih bertahan dan mampu memberi perkhidmatan bekalan air terawat di seluruh Kelantan.

Kata beliau AKSB terus beroperasi dengan pelbagai kekurangan berikutan peruntukan kerajaan Persekutuan dianaktirikan terhadap Kelantan.

“Namun berkat kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz seorang pemimpin yang warak, jujur dan ikhlas rakyat Kelantan masih mampu mendapat bekalan air bersih.

“Kalaulah negeri lain rasanya amat parah sekali dengan pelbagai sekatan yang berlaku dalam tempoh begitu lama,” katanya yang pernah berkhidmat sebagai jurutera di JKR dan operator bekalan air.

Menurutnya hanya pada tahun 2003 pinjaman diberi kerajaan Pusat kepada Kelantan bagi meningkatkan projek bekalan air.

Kata beliau pinjaman awal sebanyak RM600 juta diterima AKSB dan tambahan RM300 juta lagi membolehkan AKSB memanfaatkan bagi meningkat keupayaan Loji Rawatan Air (LRA).

Ir Mohamad berkata, dalam masa 15 tahun AKSB berusaha keras membangun projek bekalan air bagi menampung permintaan pengguna di seluruh Kelantan.

“Sebanyak M300 juta tambahan diperolehi hasil usaha pengurusan AKSB dengan bantuan kerajaan negeri. Hasil kesungguhan itu sehingga 2018 tiada aduan agak ketara diterima daripada pengguna,” ujarnya.

Menurutnya tanpa menoleh pengkhianatan Umno dan menyerah pengurusan bekalan air kepada Kelantan Water Sdn Bhd sebelum ini, AKSB terus bangkit dan tidak dinafikan memerlukan peruntukan 7 bilion untuk tempoh jangka panjang.

Bagaimanapun kata beliau penyelesaian segera perlu dibuat AKSB bagi meningkatkan segera pengeluaran air di LRA Kampung Putih, Kampung Telok, Chicha, Merbau Chondong dan Wakaf Bunut.

“Ia dapat mengatasi kekurangan pengeluaran, yang mana sekurang-kurangnya pengeluaran mencapai 10 hingga 15 peratus tambahan di loji terbabit.

“Pertambahan itu akan memberi impak yang besar kerana kekurangan 10 hingga 15 peratus, inilah yang menjadi isu sekarang,” tambahnya.

Beliau juga berkata, kaedah penyelesaian sekarang agak lebih mudah memandangkan kerajaan negeri bersedia membantu dengan meminta bantuan kewangan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) dan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

Apa yang penting katanya perancangan termasuk menyediakan tambahan telaga baharu, pam saiz besar dan tukar paip air mentah lebih besar serta servis telaga lebih kerap di LRA.

Begitu juga loji lain perlu disemak dan dibuat perancangan bagi meningkatkan pengeluaran air antaranya di LRA Wakaf Bharu, LRA Peroi, Kelar, Tanah Merah dan loji yang hampir kritikal disebabkan pertambahan penduduk serta pembangunan.

“Perancangan pembinaan loji baru perlu diteruskan untuk meningkat margin pengeluaran air, menukar paip diteruskan dan non revenue water (NRW) dikawal tanpa henti.

“Saya juga berpendapat pembinaan loji-loji mini perlu dikaji semula memandangkan ia lebih menjurus kepada pertambahan penggunaan tenaga pekerja, peningkatan bil elektrik namun kawasan liputan terhad,” ujarnya.

Manakala bahagian korporat AKSB juga perlu ‘reimage’ supaya aduan dan jawapan kepada pengguna ditambah baik.

“Serangan Medsos perlu ditangani dengan smart dan berhemah,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 18/5/2022






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo