NOTIS:

Belum ada lagi....

Yadim lancar kempen ‘Jom ke Masjid’

0

PUTRAJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) hari ini melancarkan kempen ‘Jom ke Masjid’ bagi mengajak umat Islam kembali mengimarahkan masjid dan surau.

Yang Dipertuanya Nasrudin Hassan berkata kempen itu merupakan sebahagian daripada program Ihya’ Ramadan Sebulan Yadim (Irysad) yang dilancarkan baru-baru ini susulan negara memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik mulai 1 April.

“Kempen ini tepat dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan. Kita akan dapat lihat umat Islam dapat hadir ke masjid dan surau untuk mengimarahkan tempat ibadat itu,” katanya kepada media selepas melancarkan kempen itu di sini.

Beliau berkata Yadim mendapat sokongan kira-kira 100 pemandu teksi sekitar Putrajaya yang turut menyertai kempen berkenaan, dan beliau seterusnya mempelawa badan bukan kerajaan (NGO) serta sukarelawan untuk menyampaikan mesej mengajak umat Islam kembali mengimarahkan masjid. – BERNAMA



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo