NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

8,413 keluarga kawasan terpencil terima manfaat Wakaf Air


KUALA LUMPUR: Sebanyak 8,413 keluarga di kawasan terpencil di negara ini telah menerima manfaat daripada 21 projek Wakaf Air sejak dilancarkan sehingga kini.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, projek Wakaf Air itu akan terus diperluas hingga ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

“Semoga usaha ini diberkati Allah dan memberi manfaat besar kepada rakyat,” ujarnya menerusi laman Facebook beliau, hari ini.

Sementara tu, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) menerusi laman rasminya memaklumkan projek Wakaf Air telah dilaksanakan di beberapa kawasan, antaranya Kampung Sungai Sendat, Ulu Yam; perkampungan Orang Asli Paya Lebar, Hulu Langat; Kampung Belukar Damak, Jerantut; Kampung Permatang Sungkai dan Permatang Rambai, Pasir Puteh, Pondok Warga Emas Madrasah lbnu Mas’ud, Kampung Sungai Mahang, Nilai; Kampung Senduk Ulu dan Kampung Senduk Tengah, Changkat Jering; Kampung Tanah Pindah, Jerantut;  Kampung Biak (A), Dabong; Kampung Masjid Ehsaniah, Padang Serai, Beruas; Felda Sungai Retang, Jerantut; Kampung Melayu Seelong, Senai; Kampung Padang Durian, Pendang, Kampung Charuk Halban dan Kampung Weng Luar, Baling dan kampung-kampung Dun Bayu, Baling.

Wakaf Air bertujuan mengumpul dana wakaf bagi membiayai projek-projek perkhidmatan air berskala kecil bernilai di bawah RM50,000, antaranya untuk sistem pengepaman sumber air dari perigi, pembelian alat-alat ganti, penyelenggaraan bersifat ‘sekali beri’ (one-off), dana bantuan operasi pencegahan serta pemulihan sistem bekalan air luar bandar dan penyediaan sumber air alternatif yang melibatkan kos penyelenggaraan yang rendah dan selamat digunakan.

Jumlah kutipan sumbangan Wakaf Air sehingga 28 Februari lalu berjumlah RM3,573,849.67 sementara baki pula RM2,713,356.69. – HARAKAHDAILY 5/4/2022




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo