NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

YADIM Kesal Penyebaran Video Muzik Usahawan Terkenal Jelas Mempromosi Budaya LBGT


Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyifatkan video muzik hari raya menampilkan usahawan kosmetik terkenal baru-baru ini jelas mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Yang Dipertuanya, Nasrudin Hassan berkata, video muzik itu bukan sahaja menganggu sensitiviti rakyat di negara ini bahkan mencemarkan kesucian bulan Ramadan yang telah memasuki fasa 10 malam terakhir kini.

Beliau berkata, Yadim akui kesal atas penyebaran video itu keraa ia melampaui batasan norma murni masyarakat di Malaysia.

“Tumpuan umat Islam yang sewajarnya diberikan untuk memburu Lailatul  Qadar dalam tempoh ini seakan cuba diganggu dengan penyebaran video  muzik bertaraf sampah seperti ini.

“Justeru, Yadim mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil tindakan yang paling tegas terhadap penyebaran video muzik tersebut,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, pihaknya tidak boleh mengizinkan video songsang tersebut dihidangkan sebagai halwa hiburan hari raya di Malaysia terutamanya kepada anak-anak dan golongan muda.

Menurutnya, usahawan itu saban kali mengeluarkan kandungan yang bukan sahaja memperbodohkan diri sendiri, bahkan merendah-rendahkan akal budi rakyat di negara ini.

 “Pengguna sewajarnya memberikan respon yang tegas meskipun dapat dijangka kita mungkin akan disajikan sekali lagi dengan “drama air mata” permohonan maaf oleh usahawan ini sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini.

 “Rakyat mesti menolak sikap matlamat menghalalkan cara ini dalam meraih populariti dan laba perniagaan secara murahan,” katanya.

Katanya, Yadim amat mengalu-alukan untuk bersama dengan penggiat seni yang  lain dalam menyatakan bantahan terhadap tindakan yang menjatuhkan imej seni tanah air ini. –UO


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo