NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO, Pas mesti bekerjasama di Selangor tumbangkan PH: Noh


TANJONG KARANG -
UMNO Selangor mahu hubungan dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) dikekalkan di negeri ini bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, kedua-dua parti itu yang ketika ini selaku pembangkang di Selangor perlu bersatu bagi merampas semula negeri itu daripada Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, situasi politik di setiap negeri berbeza, begitu juga di Selangor yang amat memerlukan kerjasama politik bersama Pas.

"Kalau berlaku pertembungan tiga penjuru amat berbahaya kerana ia hanya memenangkan PH, sebaliknya kita berharap dapat meneruskan kerjasama di antara MN dan bukan (kerjasama dengan) PN (Perikatan Nasional)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Iftar Bersama Peniaga di Tapak Bazar Ramadan Tanjong Karang di sini pada Jumaat.

Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, berdasarkan kajian pengundi di Selangor menunjukkan pengundi Melayu sama ramai dengan bukan Melayu.

"Ada beberapa DUN (Dewan Undangan Negeri) dan Parlimen di Selangor majoriti Melayu dan kalau berpecah ia hanya memenangkan calon PH," ujarnya.

Jelas beliau, hubungan kerjasama antara kedua-dua parti menerusi MN pada masa ini masih berjalan baik dan sering mengadakan program secara bersama.

"Saya adakan perbincangan dengan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi bahawa kita mesti terima hakikat Selangor ini berbeza daripada negeri lain.

"Selangor ini kami mengekalkan semangat pembangkang dan jika kita hendak ambil alih negeri Selangor, maka UMNO dan Pas mesti bekerjasama untuk menumbangkan PH," katanya.

Bagaimanapun, Noh berkata, kedua-dua parti itu akur dengan segala keputusan dan ketetapan pucuk pimpinan di peringkat pusat.

"Setakat ini, saya tidak menerima apa-apa arahan daripada kepimpinan dan UMNO Selangor masih mengekalkan hubungan dengan Pas," katanya.


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo