NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tindakan UMNO ancaman Kepada Sistem Pentadbiran Negara

1. Kenyataan Setiausaha Agung Umno untuk mengambil langkah membubarkan Parlimen disebabkan Keputusan Mahkamah adalah satu ugutan dan ancaman kepada sistem Pentadbiran Negara.

2. Dalam sistem Demokrasi Berparlimen, secara nyata pentadbiran negara diurus tadbir melalui 3 komponen penting di bawah konsep Pengasingan Kuasa. 

3. Prinsip Pengasingan Kuasa di antara Badan Kehakiman, Badan Perundangan dan Badan Eksekutif adalah jaminan wujudnya ' Semak dan Imbang' bagi mempastikan keadilan terjamin untuk kepentingan rakyat dan negara.

4. Ancaman membubarkan Parlimen bererti Umno cuba memperalatkan Badan Eksekutif (Perdana Menteri Umno) untuk menganggu gugat Kestabilan Parlimen (Badan Perundangan) bagi mendapatkan kuasa mutlak ( 2/3 majoriti) untuk membolehkan pindaan perlembagaan dibuat.

5. Dengan kuasa mutlak ini, Umno secara tersirat (boleh dijangka) akan membuat apa2 pindaan kepada Perlembagaan bagi "HALAL" segala tindakan mencampuri urusan keadilan Mahkamah (Badan Kehakiman).

6. Amat malang sekali, apabila Urusan Mahkamah yang telah mensabitkan pimpinan umno dengan segala penyelewengan dan salah guna kuasa dianggap sebagai 'Remeh'. 

7. Perlembagaan dan Undang2 tidak diwujudkan untuk menegakkan kebenaran secara terpilih. 

8. Rule of Law dan Rule by Law adalah prinsip asas yang wajib dipertahankan bagi mengekalkan kestabilan dan menghindari kezaliman.

9. Sebahagian pimpinan Umno (kluster Mahkamah) makin terdesak. Mereka tiada pilihan kecuali dengan memiliki " KUASA MUTLAK' (tanpa berkongsi) untuk menutup segala salahlaku pemimpin.

10. Ingatlah 'Absolute Power , Absolute Corrupt'. Keadilan hanya mampu tertegak dengan wujudnya Perimbangan Kuasa di bawah Prinsip Pengasingan Kuasa yang diamalkan dalam Sistem Urus Tadbir Negara.

Badrolhisham Shafie
Ketua Penerangan 
BERSATU Negeri Terengganu

31 Mac 2022

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo