NOTIS:

Belum ada lagi....

Muhyiddin jumpa Tun M cadang kerjasama dalam PRU15

0
Muhyiddin dikatakan mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir bagi mengemukakan cadangan gabungan parti dalam PRU15.

KUALA TERENGGANU - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengemukakan cadangan gabungan parti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Perkara itu disahkan Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menurut Mukhriz, perjumpaan itu berlangsung sekitar dua minggu lalu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

"Tan Sri Muhyiddin ada datang jumpa Tun (Mahathir) dua minggu lalu selepas PRN Johor. Dia mohon jumpa, Tun kata 'ok' untuk jumpa. Cadangan dikemukakan ialah untuk bergabung dengan semua (parti) walaupun dia (Muhyiddin) dalam kerajaan (Perikatan Nasional).

"Setakat ini 'approach' sudah ada tetapi setuju atau tidak belum ada lagi. Mungkin saya boleh katakan buat masa ini kita kurang setuju dengan apa yang dicadangkan," katanya pada sidang akhbar selepas program bersama Pejuang Terengganu, di sini pada Khamis.

Menurut Mukhriz, selain Bersatu, Pejuang turut menerima pelawaan daripada pembangkang untuk menjalinkan kerjasama dalam PRU15, namun tiada sebarang keputusan dibuat setakat ini.

Dalam pada itu, Mukhriz mengakui hubungan antara Tun Mahathir dan Muhyiddin kini agak dingin ekoran beberapa krisis yang berlaku sebelum ini.

"Setakat ini hubungan masih dingin. Kena fahamlah 'luka' kami belum pulih lagi dan masih 'berdarah', namun kami faham demi negara dan rakyat tak ada benda yang kami tak sanggup buat kalau niat itu betul.

"Namun, jika niat tak betul macam mana kami nak setuju, misalnya, tidak akan bergabung bagi tujuan melepaskan diri daripada mahkamah. Kami sejak awal lagi tidak mahu bersekongkol dengan mereka," katanya.

Sumber | SH 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo